KEUNIKAN TARIAN DI MALAYSIA

Standard

KUDA KEPANG

Sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia dibawa oleh

penghijrah ke Tanah Melayu. Tarian ini meupakan salah satu tarian rakyat yang sering

dimainkan di majlis perkahwinan atau majlis keramaian khususnya di negeri Johor. Bilangan

penari sekurang-kurangnya 25 orang yang terdiri daripada 9 orang penari, 5 orang pemain

muzik, 2 orang bomoh pemulih dan 9 hingga 15 orang sebagai penjaga kawasan.

 

ZAPIN :

Merupakan salah satu jenis tarian Melayu yang masih wujud sehingga ke hari ini.

Berdasarkan sejarah, tarian ini dahulunya adalah tarian hiburan di istana setelah dibawa

dari Yaman oleh para pedagang-pedagang Arab pada awal  abad ke-16. Tarian zapin

ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat

pemerintahan Johor lama, Singapura,  wilayah Sarawak, dan Brunei. Zapin menumpukan

pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak merendah. Kebanyakan

posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun. Penari memakai pakaian Melayu

selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping dan bersongkok dan wanita memakai

kurung beserta kain sarong. Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian

zapin ialah gambus, rebana, gendang dan marakas.

 

GAMELAN

Tarian ini mula dikesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17. Ia mula di

persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811

dalam upacara persandingan Tengku Hussain. Pada asalnya tarian ini terdiri daripada

77 jenis Gamelan. Tetapi kini, hanya tinggal 33 jenis sahaja lagi kesan daripada ketiadaan

tenaga pengajar. Peralatan kepala kelihatan seperti makhota yang mengandungi tiga

bahagian, ‘gandek’, ‘gerak gempa’ and ‘tajok asoka’. Pakaian penari ialah blous lengan

pendek yang dibuat daripada sutera dan dilengkapi dengan sehelai sarong. Sehelai kain

yang dipanggil ‘saboh’ juga dipakai di pinggang.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s