Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai ;

Objektif Pengetahuan :

i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan
negara.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang
sejahtera.
iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu.
iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif, dinamik dan patriotik.
v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara.
vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan
masyarakat dan negara.

Objektif Kemahiran :

i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.
ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang
bahagia.
iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara.
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat.
v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama.
vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara.
vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.

Objektif Nilai :

i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.
iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia.
iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.
v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama.
vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.
viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s