ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

Standard

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU

Pengenalan

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.

Merisik

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Read the rest of this entry

ADAT RESAM KELAHIRAN MASYARAKAT MALAYSIA

Standard

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

ADAM RESAM KELAHIRAN MASYARAKAT MELAYU

Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam.

Pengenalan

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.

Read the rest of this entry

MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT DI MALAYSIA

Standard

1 MALAYSIA



Seperti yang anda sedia maklum Malaysia memang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa serta budaya. Oleh itu memang benarlah kata Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Najib Tun Razak kita memang mempunyai semangat 1 Malaysia yang tinggi.

MAKANAN TRADISIONAL CINA


Bukan masyarakat Melayu dan India sahaja yang mempunyai makanan tradisional tersendiri, bahkan masyarakat Cina juga mempunyai makanan tradisionalnya. Contohnya dimsum,char kuew teow,charkoi dan mee suah.

Read the rest of this entry

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA

Standard

PENGENALAN

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

 Sepak Raga
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

KEUNIKAN TARIAN DI MALAYSIA

Standard

KUDA KEPANG

Sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia dibawa oleh

penghijrah ke Tanah Melayu. Tarian ini meupakan salah satu tarian rakyat yang sering

dimainkan di majlis perkahwinan atau majlis keramaian khususnya di negeri Johor. Bilangan

penari sekurang-kurangnya 25 orang yang terdiri daripada 9 orang penari, 5 orang pemain

muzik, 2 orang bomoh pemulih dan 9 hingga 15 orang sebagai penjaga kawasan.

Read the rest of this entry

BUDAYA & ADAT RESAM

Standard

Keadaan sosial masyarakat Melayu telah berubah mengikut peredaran masa.

Berlakunya perubahan zaman, banyak nilai-nilai baru yang dibawa ke dalam kehidupan kita

misalnya cara kita bergaul, menguruskan masa, beriadah dan berhibur semuanya berlainan berbanding zaman

nenek moyang kita. Sungguhpun demikian, sistem sosial masyarakat kini adalah berlandaskan masyarakat dahulu.

Read the rest of this entry